Perkhidmatan

PERKHIDMATAN KAMI

Senarai perkhidmatan yang ditawarkan
...

Landskap

Pasukan kami sedia membantu dari segi khidmat nasihat, rekabentuk dan melaksanakan kerja-kerja landskap untuk kediaman, pejabat, majlis perbandaran dan sebagainya. Kami menawarkan perkhidmatan landskap yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

'Gazebo' / Wakaf

Gazebo dikenali sebagai wakaf di pantai timur dan ia merupakan salah satu dari elemen ‘hardscape’. Fungsi gazebo adalah sebagai alternatif tempat berteduh dari panas dan hujan dan juga ruang penuh kebebasan tanpa sempadan untuk pemilik menikmati waktu senggang/istirehat.

Pergola

Pergola merupakan landskap kejur/'hardscape' yang direkabentuk sebagai tempat berteduh. Selain dari itu ia digunakan sebagai laluan kepada pengguna di samping memberi sokongan kepada tumbuh-tumbuhan memanjat diatasnya.

Decking

Kami menawarkan perkhidmatan untuk membina pelantar kayu / “Decking” dengan harga yang berpatutan.

Kolam

Kami turut menawarkan pelbagai jenis rekabentuk kolam sama ada kolam 'ready-made' atau kolam 'tailor-made' pada harga yang berpatutan.

Lain-Lain

Pelbagai jenis "hardscape" / landskap kejur yang berasaskan kayu turut kami tawarkan seperti pagar kayu / buaian kayu /dan lain-lain.

HIASAN PENTAS

Pihak kami menawarkan perhiasan majlis terutamanya untuk hiasan pentas dari keratan bunga segar/ “fresh flower” atau pokok-pokok berpasu serta pelbagai jenis pokok semusim / “annuals” dengan harga yang berpatutan.

Penyewaan Pokok

Kami menawarkan pelbagai rangkaian penyewaan pokok-pokok berpasu untuk ruang pejabat atau pun hiasan pentas sesuatu majlis dengan harga yang berpatutan. Kebiasannya penyewaan pokok-pokok untuk ruang pejabat adalah bertujuan untuk membersihkan kualiti udara di dalam sesuatu bangunan.

Kajian oleh NASA menunjukkan bahawa terdapat sesetengah pokok mampu mebuang unsur toksik di udara secara semulajadi seperti money plants dan chlorophytum.

Penyelenggaraan Landskap

Kami turut menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan landskap kediaman atau pejabat mengikut kehendak pelanggan iaitu sama ada secara kontrak / berkala atau pun sekali sahaja ("one time maintenance").