Selamat Datang
MRB Trading di tubuhkan pada 6 jun 2005.Kami adalah sebuah syarikat landskap bumiputera yg beroperasi di Sg. Merab Luar , Kajang. Kami menjalankan perkhidmatan landskap rumah kediaman, bangunan dan pengindahan jalan. Selain daripada itu kami menjalankan perniagaan perkhidmatan hiasan bunga segar untuk pelbagai jenis majlis seperti perasmian, penganugerahan, pelancaran dan keraian. Kami juga menyediakan perkhidmatan penyewaan pokok-pokok hiasan berpasu untuk ruang pejabat, majlis dan hiasan pentas. Kami mempunyai sebuah nurseri yg menjalankan perniagaan peruncitan pelbagai jenis pokok, pasu dan barang-barang yg berkaitan hiasan taman atau landskap. Nurseri kami beroperasi 7 hari seminggu dari jam 8.30 pagi – 6.30 petang. .
Matlamat Syarikat

Matlamat syarikat adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi kepuasan pelanggan menerusi perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Ia juga bermatlamat untuk menjadi sebuah syarikat landskap berdaya saing dengan identiti kualiti perkhidmatan yang tersendiri.
Perkhidmatan
Kami menyediakan perkhidmatan landskap yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Kami amat mengutamakan kepuasan pelanggan di dalam setiap perkhidmatan yang diberikan.
- LANDSKAP (“SOFTSCAPE”)
- LANDSKAP KEJUR (“HARDSCAPE”)
- HIASAN PENTAS
- PENYEWAAN POKOK
- PENYELENGGARAAN LANDSKAP
Nurseri
Nurseri kami menawarkan pelbagai rangkaian produk landskap :
- Pokok-Pokok (Tree)
- Pokok Renek (Shrubs)
- Pokok Palma (Palm)
- Aneka Pasu
- Aksesori landskap