
Mengenai Kami
MRB Trading di tubuhkan pada tahun 2005 dengan memulakan operasi landskap secara kecil-kecilan. Kemudian mengembangkan perniagaan melalui projek berskala besar seperti hiasan bunga & penyewaan pokok-pokok untuk Formula 1 Litar Antarabangsa Sepang dan Taman Diraja di Festival Floria Putrajaya 2015. MRB Trading menawarkan pelbagai perkhidmatan landskap lembut (“softscape”), landskap kejur (“hardscape”), hiasan pentas dari bunga segar atau pokok renek, penyewaan pokok-pokok berpasu di pejabat atau majlis dan penyelenggaraan landskap.
Pada 2010 MRB Trading nurseri di buka untuk mengembangkan lagi perniagaan dalam bidang peruncitan dan memudahkan akses kepada pelanggan.
MATLAMAT SYARIKAT
Matlamat syarikat adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi kepuasan pelanggan menerusi perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Ia juga bermatlamat untuk menjadi sebuah syarikat landskap berdaya saing dengan identiti kualiti perkhidmatan yang tersendiri.
VISI SYARIKAT
Menjadi sebuah syarikat landskap yang terkenal dengan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan menjadi pilihan utama pelanggan.
MISI SYARIKAT
Menghasilkan perkhidmatan berkualiti dengan harga yang berpatutan dan memenuhi kepuasan pelanggan serta melebihi jangkaan pelanggan.